latifahgb
Selasa, 16 Julai 2013
Assalamualaikum...
Sudah terlalu lama tidak update blog....hari ini semangat baru untuk menuliskan sesuatu dan berharap agar semangat ini akan berkekalan dan saya akan terus menulis dan menulis....Insyaallah...
Isnin, 9 April 2012
hati ini.....
1. Entah mengapa sejak akhir-akhir ini saya rasa tidak berapa sihat....sakit-sakit badan terutamanya seluruh kaki....terasa semakin meningkat usia...semakin merosot kesihatan.....bukan tak jaga makan dan minum..tapi...mmg tak begitu kuat daa...nak kemas rumah pun seringkali terhenti...agaknya inilah yang dihadapi oleh orang-orang yang semakin berumur....semoga Allah s.w.t. akan terus memberikan aku kesihatan yang baik agar aku akan dapat terus beribadah kepadanya dan terus dapat berkhidmat untuk bangsa dan negara...
2. Terasa amat rindu...rindu pada seseorang...tapi saya tidak boleh untuk terus memaksanya menerima ku....segala-galanya terpulang kepada dia....sekiranya nya dia masih ingin untuk berbaik dan sayangkan hubungan ini...usahakan lah untuk mengubati rindu di hati ini.....
3. Tak tahu kenapa aku rasa sangat tidak bersemangat untuk terus bekerja.....hilang idea-idea untuk menjadikan organisasi ini lebih cemerlang....
Ya Allah Ya Tuhan ku.....berikan aku kekuatan...berikan aku semangat...berikan aku segala-galanya untuk terus berkhidmat dalam detik waktu yang singkat ini...kembalikan semula kekuatan dan semangat ku seperti sediakala.....SUBHANAALLAH....
Khamis, 22 Mac 2012
8 & 9 Mac
Selasa, 20 Mac 2012
7 Mac..
Pagi ini kami akan di bawa melawat sekitar kota Mekah.Pagi lagi selepas minum pagi kami telah menunggu bas dibawah.
Baru dapat ambil gambar 6 orang.Nasib baik ada bro yg sudi menolong.Ambil gambar ini berlatarbelakangkan Jabar Thur.Tempat Nabi Mohamad s.a.w menyembunyikan diri.
Subhanallah...bagaimana agaknya Nabi Mohamad s.a.w memanjat bukit yang penuh batu dan tinggi pula...zaman sekarang adakah orang yang sekuat dan setabah nabi Mohamad s.a.w?
Subhanallah...ramainya orang.Kami juga naik ke atas sebab ada tangga....sempat bergambar..

berpossing dengan unta yang banyak dan dihias dengan cantik.
Fareed dan Dekwan beranikan diri naik unta.....memang melucukan....saya ketawa besar...gembira tengok telatah anak-anak. Bayaran naik unta 20 SR
Bergambar berlatar belakangkan Jabar Rahmah....
Khemah-khemah yang terdapat di Mina dan digunakan sewaktu musim haji.
Waktu asar di Masjidilharam.
.Waktu solat semua kedai ditinggalkan..ada antara kedai yang tidak ditutup tetapi pekedai itu terus kemasjid....
Waktu malam seperti biasa...kami tawaf kedai....melihat orang ramai....malam ini kami tidak makan di hotel tetapi kami makan diRestauran...nak merasa nasi Arab....Untuk sepinggan nasi Arab harganya 30 SR..
Pada pandangan saya...makanan dan khidmat dobi si Mekah ini sangat mahal.Selepas makan balik ke hotel berehat....Happy dan seronok kerana dapat bersama dengan anak-anak dan suami....selepas ini entah bila lagi dapat bersama seperti ini sebab selepas mereka ada keluarga...situasinya amat berlainan....
Anak bujang yang tak banyak cakap....sejuk perut ibu yang mengandung....jadilah anak yang soleh....
Isnin, 19 Mac 2012
6 Mac .....
Pagi ini acara persendirian.Selepas solat subuh dan minum pagi kami bersiap-siap untuk mengerjakan umrah.
Kami perlu berniat di Tanaeem...kena sewa Van...
Subhanaallah.....bayarannya juga telah naik...Untuk bayaran sebuah van kami perlu membayar 100 SR..
berbeza dengan tahun 2005 dahulu hanya 5 SR seorang.
Pemandangan di sekitar masjid ini juga telah banyak berubah.Orang tetap ramai....saya hanya menjadi jurugambar sahaja kat luar....

Sejuk perut ibu yang memandang kedua anak gadis nya begini.... Syukur Alhamdullillah.... semoga Allah akan memberikan Hidayah dan petunjuk dan ada perubahan selepas balik dari Umrah nanti....Saya sentiasa mendoakan supaya anak-anak saya akan cemerlang di dunia dan akhirat...

Selesai Saie dan bergunting..masih sempat nak possing lagi.....sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.. Pemandangan dalam kawasan saie....orang ramai tapi masih boleh berjalan lagi.
Aktiviti selepas solat Isyak.....melawat kedai-kedai...meriahnya di waktu malam...orang disini keluar waktu malam dan mereka bagaikan berpesta dan berkelah disekitar masjid.
SUBHANAALLAH....
Kami perlu berniat di Tanaeem...kena sewa Van...
Subhanaallah.....bayarannya juga telah naik...Untuk bayaran sebuah van kami perlu membayar 100 SR..
Pemandangan di sekitar masjid ini juga telah banyak berubah.Orang tetap ramai....saya hanya menjadi jurugambar sahaja kat luar....

SUBHANAALLAH....
Ahad, 18 Mac 2012
4 Mac 2012....
Terima kasih kepada Ustaz Abdul Jalil yang
datang kerumah dan membacakan doa selamat sebelum kami
berangkat ke Air Port.
Terima kasih juga kepada sanak saudara yang sempat datang untuk mendoakan kami. Kami bergerak dari rumah pukul 5.30 ptg dan dihantar oleh Eddy,Faiz dan terima kasih juga kepada Yatin dan isteri yang sedia untuk menghantar kami ke Air Port.

|
|

Kami tak jumpa surau di Air Port ini.Kerana itu ramai ahli kumpulan yang solat di ruang legar Air Port sahaja.
Rombongan kami seramai 33 orang dan hampir 85% adalah warga emas.
Kami duduk di Air Port ini lebih kurang 4 jam...Letih dan terasa membuang masa sahaja.Waktu hampir bergerak semua lelaki diminta memakai kain Ihram kerana niat perlu dibuat sewaktu dalanm penerbangan.
Sejuk perut ibu bila melihat anak-anak memakai pakaian ihram....nampak mereka tenang dan ...Alhamdullillah kerana mereka diberikan hidayah dari Allah s.w.t untuk mengikut kami mengerjakan umrah....
Alhamdullillah....kami sampai di Jeddah pukul 7.25 mlm waktu Malaysia atau Jam 1425 waktu Jeddah.Kami terus menaiki bas utk dibawa ke Mekah.perjalanan ke Mekah lebih kurang dua jam setengah... Sepanjang perjalanan saya lihat banyak perubahan yang telah dibuat.Banyak pembangunan....sudah ada High way.....
sanagt berbeza dengan pemandangan yang saya lihat pada tahun 2005 dulu.
Subhanallah........pemandangan yang sangat indah ciptaan Allah s.w.t....minta maaf kerana gambar ini kurang jelas sebab gambar di ambil dari dalam bas dan cermin bas sangat berdebu....
Langgan:
Catatan (Atom)