Isnin, 19 Mac 2012

6 Mac .....

Pagi ini acara persendirian.Selepas solat subuh dan minum pagi kami bersiap-siap untuk mengerjakan umrah.

Kami perlu berniat di Tanaeem...kena sewa Van...
Subhanaallah.....bayarannya juga telah naik...Untuk bayaran sebuah van kami perlu membayar 100 SR..
berbeza dengan tahun 2005 dahulu hanya  5 SR seorang.

Pemandangan di sekitar masjid ini juga telah banyak berubah.Orang tetap ramai....saya hanya menjadi jurugambar sahaja kat luar....
Sejuk perut ibu yang memandang kedua anak gadis nya begini....     Syukur Alhamdullillah.... semoga Allah akan memberikan Hidayah dan petunjuk dan ada perubahan selepas balik dari Umrah nanti....Saya sentiasa mendoakan supaya anak-anak saya akan cemerlang di dunia dan akhirat...

Selesai Saie dan bergunting..masih sempat nak possing lagi.....sangat bersyukur dengan apa yang telah Allah tentukan.. Pemandangan dalam kawasan saie....orang ramai tapi masih boleh berjalan lagi.
Aktiviti selepas solat Isyak.....melawat kedai-kedai...meriahnya di waktu malam...orang disini keluar waktu malam dan mereka bagaikan berpesta dan berkelah disekitar masjid.               
                                               SUBHANAALLAH....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan