Terima kasih kepada Ustaz Abdul Jalil yang
datang kerumah dan membacakan doa selamat sebelum kami
berangkat ke Air Port.
Terima kasih juga kepada sanak saudara yang sempat datang untuk mendoakan kami. Kami bergerak dari rumah pukul 5.30 ptg dan dihantar oleh Eddy,Faiz dan terima kasih juga kepada Yatin dan isteri yang sedia untuk menghantar kami ke Air Port.

|
|

Kami tak jumpa surau di Air Port ini.Kerana itu ramai ahli kumpulan yang solat di ruang legar Air Port sahaja.
Rombongan kami seramai 33 orang dan hampir 85% adalah warga emas.
Kami duduk di Air Port ini lebih kurang 4 jam...Letih dan terasa membuang masa sahaja.Waktu hampir bergerak semua lelaki diminta memakai kain Ihram kerana niat perlu dibuat sewaktu dalanm penerbangan.
Sejuk perut ibu bila melihat anak-anak memakai pakaian ihram....nampak mereka tenang dan ...Alhamdullillah kerana mereka diberikan hidayah dari Allah s.w.t untuk mengikut kami mengerjakan umrah....
Alhamdullillah....kami sampai di Jeddah pukul 7.25 mlm waktu Malaysia atau Jam 1425 waktu Jeddah.Kami terus menaiki bas utk dibawa ke Mekah.perjalanan ke Mekah lebih kurang dua jam setengah... Sepanjang perjalanan saya lihat banyak perubahan yang telah dibuat.Banyak pembangunan....sudah ada High way.....
sanagt berbeza dengan pemandangan yang saya lihat pada tahun 2005 dulu.
Subhanallah........pemandangan yang sangat indah ciptaan Allah s.w.t....minta maaf kerana gambar ini kurang jelas sebab gambar di ambil dari dalam bas dan cermin bas sangat berdebu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan