Selasa, 20 Mac 2012

7 Mac..


Pagi ini kami akan di bawa melawat sekitar kota Mekah.Pagi lagi selepas minum pagi kami telah menunggu bas dibawah.




SUBHANALLAH....dah dua kali saya ke Mekah.Tetapi saya tak pernah tahu bahawa ais cream di Mekah memang sedap...Dah bawa anak-anak dan makan ais cream tersebut....ahhhhh....mmg betul-betuk sedap.....sedappppp......
Baru dapat ambil gambar 6 orang.Nasib baik ada bro  yg sudi menolong.Ambil gambar ini berlatarbelakangkan Jabar Thur.Tempat Nabi Mohamad s.a.w menyembunyikan diri.
Subhanallah...bagaimana agaknya Nabi Mohamad s.a.w memanjat bukit yang penuh batu dan tinggi pula...zaman sekarang adakah orang yang sekuat dan setabah nabi Mohamad s.a.w?

Dari Jabar Thur kami dibawa pula ke Jabal Rahmah....Bukit tempat Nabi adam dan Hawa ditemukan semula.....
Subhanallah...ramainya orang.Kami juga naik ke atas sebab ada tangga....sempat bergambar..

  Turun dari bukit masing-masing
  berpossing dengan   unta yang banyak dan dihias dengan cantik.
Fareed dan Dekwan beranikan diri naik unta.....memang melucukan....saya ketawa besar...gembira tengok telatah anak-anak. Bayaran naik unta 20 SR

Bergambar berlatar belakangkan Jabar Rahmah....

Khemah-khemah yang terdapat di Mina dan digunakan sewaktu musim haji.
Waktu asar di Masjidilharam.
Subhanallah....ramainya orang.
.Waktu solat semua kedai ditinggalkan..ada antara kedai yang tidak ditutup tetapi pekedai itu terus kemasjid....

Waktu malam seperti biasa...kami tawaf kedai....melihat orang ramai....malam ini kami tidak makan di hotel tetapi kami makan diRestauran...nak merasa nasi Arab....Untuk sepinggan nasi Arab harganya 30 SR..        
                                                                                                                                                                      

Pada pandangan saya...makanan dan khidmat dobi si Mekah ini sangat mahal.Selepas makan balik ke hotel berehat....Happy dan seronok kerana dapat bersama dengan anak-anak dan suami....selepas ini entah bila lagi dapat bersama seperti ini sebab selepas mereka ada keluarga...situasinya amat berlainan....

Anak bujang yang tak banyak cakap....sejuk perut ibu yang mengandung....jadilah anak yang soleh....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan