
Hari ini lewat bangun..
tak pergi pun ke Masjid..cuti...
lepas sarapan pagi masuk ke dewan
sebab ada Tazkirah..tajuknya
"Kewajipan Solat" .Ceramah
yang sangat menarik..
dalam hati dah berkata
saya akan memanggil ustaz ini untuk memberikan ceramah di sekolah.
Harap anak-anak buah dapat
menerima apa yang telah disampaikan ini.
Selepas tazkirah kami dibawa melawat ke Muzium Acheh..Semuanya masih baru..
tak banyak lagi pengisian

Dari Muzium Acheh kami dibawa pula melawat ke Muzium Tsunami..Bangunan yang berbentuk kapal...tersergam indah..tapi masih belum ada banyak maklumat...hanya gambar-gambar sewaktu kejadian tsunami sahaja yang dipamirkan...Dari sana kami ke rumah makan..dan selepas itu acara bebas...saya mengikut adik saya Hamidah untuk pergi ke Banda Acheh..terpaksa berpisah kerana hajat dan tujuan berlainan..walaupun tak ada banyak pilihan untuk shopping..saya mesti juga beli untuk dibawa pulang sebagi ole-ole...kalau tak beli pasti anak saya Shira dan ejat merajuk..hehehe...
Saya carikan juga baju untuk kedua-dua orang cucu...
Banda Acheh juga masih belum membangun..masih terdapat bangunan yang rosak sewaktu tsunami ..sistem jalanraya juga kelam kabut...tak ada teksi seperti di Malaysia..tetapi beca dengan menggunakan motor..tak sempat nak ambil gambar...saya balik kehotel hampir senja...
selepas makan malam saya dengan Dikwan menyewa sebuah beca untuk mengelilingi Banda Acheh...takut juga naik beca tu..sebab ...eee..seram nak cerita pun...akhirnya selepas 2 jam berpusing-pusing entah kemana..kami sampai juga ke Hotel..Alhamdullillah..selamat..dan saya terpaksa membayar sebanyak Rp 100 000...harga yang sangat tinggi terpaksa dibayar walaupun dalam perjalanan itu saya dihimpit ketakutan...balik ke Hotel tidor....penat...
salam boss..
BalasPadambila pulak nak buat perkongsian cerita pengurusan sekolah