Assalamualaikum..
Sudah lama saya tak ada new post..terlalu sibuk dengan perancangan dan aktiviti sekolah.
Sekarang sedang mengikuti Kursus ICT For Instructional Leaders
di Genting Highland. Kursus bermula pada 9 Mac hingga 12 Mac.
Saya memandu bersendirian dari rumah ke Genting Highland..
dari satu segi rasa sangat berterima kasih kepada suami yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memandu bersendirian dalam jarak yang agak jauh tapi sesekali terfikir juga..
kenapa suami sanggup membiarkan saya memandu bersendirian...
anything can happen...tapi kita kenalah berfikiran positif....
sepanjang perjalanan macam-macam yang difikirkan..
terutamanya memikirkan peristiwa yang baru saja berlaku malam tadi..
sesekali terbit air mata...tahan sebak di dada....
tapi ini tidak ada kaitan langsung dengan rumahtangga saya...
never mind....BIARLAH RAHSIA...
Sampai di Genting terus check in dan berehat je dalam bilik...
dapat jiran seorang guru dari Putra Jaya...sangat peramah...
petangnya kami keluar menghirup udara segar..naik tangga...
dan berjalan lebih kurang 30 minit...seronok....lupa segala duka....
kagum dengan ciptaan Allah..SUBHANALLAH...
Sepanjang kursus yang dihadiri rasa seronok walaupun banyak perkara yang telah saya dengar dan saya tahu..tapi untuk refresh semula...rasa sangat tenteram dan sangat relax..jika ada kawan-kawan Guru Besar yang membaca blog saya ini...saya nasihatkan sesekali mintalah untuk mengikuti kursus..banyak faedah yang kita dapat...paling utama kita dapat tinggalkan sekejap kerja-kerja kita di sekolah...
Minggu depan sekolah dah mula cuti...saat yang paling saya tak suka sebab saya tidak akan bercuti...pergi kerja seperti biasa tetapi terasa sangat sunyi tanpa guru-guru dan tanpa pelajar...
Setiap saat yang dilalui terasa sangat lambat....
Okey..Insyaallah jika ada kelapangan lagi saya akan buat new post...salam hormat..
Selamat berkursus.. memang lega berkursus kat genting musim2 panas ni
BalasPadam