Terlalu banyak kerja-kerja sekolah yang perlu dibuat...saya tak berkesempatan langsung untuk meneruskan tulisan saya...Alhamdullillah...saat ini saya diberikan kelapangan untuk menyambung semula catatan itu..harap sesiapa yang sudi singgah di blog saya ini tidak akan jemu untuk terus membaca hasil penulisan saya ini walaupun kembara ilmu itu telah dua bulan berlalu...
Dari tempat lawatan itu kami dibawa pula kerumah anak-anak yatim...mereka yatim kerana kedua-dua ibu bapa mereka telah hilang sewaktu tsunami....Anak-anak buah yang pergi sama dalam kembara ini patut bersyukur kerana mereka masih mempunyai ibu bapa lagi...
Kami disambut dengan meriah sekali..tapi dalam hati saya..
kesian mereka tak ada tempat bermanja lagi...
mereka masih terlalu muda untuk berdikari sendiri..memang kesian sangat....
tapi ketentuan Allah dan Takdir Ilahi..
tapi ketentuan Allah dan Takdir Ilahi..
tiada siapa yang dapat menghalangnya...
Anak-anak yatim bersedia menyambut kehadiran kami...
Sekali lagi saya rasa amat terharu kerana ada lagi kain rentang yang mengalu-alukan ketibaan Keluarga Haji Kedah..memang saya amat berbangga dengan nama Haji Kedah....Bersyukur mempunyai ayah yang namanya terpahat dimana-mana saja..semoga Roh abah akan bersemadi dengan aman dan tenteram..
Insyaallah kami akan sentiasa mengirimkan doa untuk abah yang kami sayang..
Lawatan kaklong kerumah anak-anak Yatim ini pada kali pertama dulu telah membuat persetujuan untuk menjadikan rumah anak -anak yatim ini sebagai Rumah angkat atau keluarga angkat Hj.Kedah...lawatan kami hari ini adalah sebagai lawatan susulan...nampak mereka gembira dengan kunjungan kami...dan adik saya sebagai jurucakap kepada kumpulan ini telah bersetuju untuk menyalurkan bantuan yang sewajarnya pada setiap bulan...Semoga bantuan dari keluarga Hj.Kedah yang amat sedikit itu akan mendapat keredhaan Allah dan dapat membantu anak-anak yatim yang benar-benar memerlukan ini...
Kami makan tengahari di sini..hidangannya amat simple..tapi kami makan dengan penuh keinsafan....memang benar-benar tersentuh dihati saya...
Selepas itu kami dibawa balik ke Hotel dan waktu petang adalah acara bebas untuk Shopping...
Saat yang saya tunggu..tapi...hampa...sebab tak banyak kedai-kedai yang dapat memikat hati saya..akhirnya tak banyak pun Rp (Rupiah) saya yang dikeluarkan...
Pukul 5.45 ptg seperti yang telah dijadualkan..semua berkumpul di Lobby untuk ke masjid Baitulrahman....selepas Isyak kami dibawa ke Rumah Makan...
Balik ke Hotel saya berehat jer..tak keluar lagi..
Tunggu lagi untuk hari ketiga...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan