Ahad, 12 Februari 2012

Perasaan ini.....




1.  6 Feb.....Tatkala semua kakitangan awam bercuti dan berehat dengan keluarga..saya terpaksa juga ke sekolah untuk menyiapkan beberapa perkara yang perlu.Yang hadir di sekolah hanya saya dan Pembantu Tadbir shaja. Balik kerumah sibuk pula untuk menyiapkan makan tengahari untuk family...rasa sangat letih...mungkin sebab terlalu sibuk saya tersilap menghantar sms kepada kaklong mengucapkan Selamat Hari Lahir sedangkan tarikh lahirnya pada 7 hb....

2.  7 Feb...hari ini juga cuti umum..tetapi pagi lagi saya dah kesekolah..masih ada beberapa perkara yang perlu disemak lagi.Sampai di sekolah saya dapati ramai staf yang datang membuat kerja masing-masing.Ada juga staf yang datang membawa suami atau isteri mereka untuk sama-sama membantu menyiapkan apa yang perlu. Syukur Alhamdullillah kerana saya mempunyai ramai staf yang begitu komited dengan tugas mereka.saya bangga dan amat menghargai pengorbanan masa dan tenaga yang dicurahkan untuk sekolah ini. Untuk ini juga saya mengorbankan tanggungjawab saya untuk menghantar anak bongsu balik ke asrama...kesian dia...

3. 9 Feb...saat yang ditunggu tiba juga...2 orang Nazir sekolah datang untuk membuat pemantauan....Sekali lagi saya memanjatkan rasa kesyukuran kerana mendapat kerjasama yang sangat baik dari semua warga sekolah...semua berjalan dengan baik dan lancar...Terima kasih kepada semua warga sekolah....Balik kerumah dalam keadaan yang sangat tenang dan relax...

4.  10 Feb....saya dipanggil ke PPD untuk mendapatkan keputusan Audit....Pegawai Audit tu terus terang menyatakan audit di sekolah saya teruk.....saya rasa sangat kecewa kerana ini mencerminkan kelemahan pengurusan saya dalam kewangan....selama saya menjadi Guru besar..inilah kali pertama pengurusan kewangan saya gagal....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan