Tak ramai yang dapat pergi..Ena sekeluarga ,my family dan khaidzir shj yang sempat bersama.Mungkin sbb jauh sgt.Di rumah tunang Ezrin orang dah ramai menunggu.suasana di kampung itu amat tenang.Perbincangan berjalan dengan baik dan saya kagum dgn keluarga perempuan ini kerana begitu humble dan tidak langsung menetapkan hantaran yg mereka mahu...dalam hati aku juga berkata untuk anak perempuan aku nanti juga tidak mahu minta berapa hantarannya...terpulang kpd pihak lelaki...itu yang terbaik...
Oh ya...lupa nak ucapkan terima kasih kepada kawan Ayep iaitu Mohd Faiz yang telah bersama-sama ke Padang Besar.Sampai di Kuala Perlis kami minta Mohd Faiz membawa kami ke kedai makan utk makan malam....rasanya sepanjang hidup ini... inilah kedai makan yang paling teruk...service sangat lambat...lain order lain yang sampai...makanan yang dihantar juga sgt sedikit...Subhanallah...memang menguji kesabaran aku....kalau bukan kerana kawan Ayep ni..memang aku dah bla....kesian..anak-anak ku makan tak cukup lauk.....dugaan...
Selepas makan kami ke Hotel yang telah siap di booking.....kurang selesa....tapi sabar jee laaa...tidur lena juga sbb seharian berjalan.....Aku bersyukur kerana walaupun ada beberapa perkara yang tidak menyenangkan tapi percutian ini tetap menggembirakan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan