Khamis, 1 Disember 2011

Cuti-cuti Malaysia

Day 1-
Bertolak dari rumah Faiz pukul 9.20 pagi..lewat bergerak sbb tunggu Shira dgn Fareed yg lambat sampai.
Naik kereta Faiz NCP 429....sdg muat utk enam orang.Terima kasih Faiz dan Aini yang telah meminjamkan kereta.kalau mereka tak bagi pinjam terpaksalah kami membawa dua kereta .Belanja tol dan minyak juga sekali ganda..Alhamdullillah...segala-galanya telah ditentukan ALLAH s.w.t.


Pukul 1.00 tengahari terus masuk ke Pulau Pinang, Suami ku dan anak-anak lelaki solat Jumaat disebuah masjid dalam bandar Pulau Pinang....Ramai jemaahnya anak mami......melalui jambatan Pulau Pinang juga tiada kesesakan...semuanya berjalan lancar..selepas solat Jumaat kami berpusing-pusing dalam bandar untuk mencari kedai makan......tak jumpa kedai orang melayu sbb byk kedai Nasi Kandar...hehehe...saya tak ada selera nak makan nasi Kandar...
Kami buat keputusan utk terus naik Bukit bendera...makan kuih yang dibekalkan Aini pagi tadi..memang saya teringin sangat nak naik Bukit bendera sbb nak merasa naik keretapi letrik...sebelum ini saya dah tiga kali naik Bukit bendera naik keretapi Bukit....Alhamdullillah...banyak perbezaan nya...keretapi letrik lebih selesa dan cepat sampai ke atas....
anak-anak juga sgt gembira dengan pengalaman baru ini...rasa happy dan seronok sgt dapat bercuti seperti ini....

Keadaan di atas bukit Bendera ini tidak banyak berubah dari apa yang pernah saya lihat dulu
Turun dari Bukit Bendera kami terus ke Padang Kota..
wow.......meriah sungguh peniaga di sana...sebaik kami duduk je...
berlumba-lumba peniaga yang datang bertanyakan apa yang kami mahu order....naik rimas utk melayan mereka.
Kami order seafood.....sedap...tapi...MAHAL....
Tak kiralah sebab memang kami datang
 untuk bercuti dan jalan-jalan cari makan....

Lepas tu kami terus ke Sungai Petani...jem teruk di atas Jambatan Pulau Pinang...aku terlelap...keletihan dan kekenyangan.....sampai di Hotel waktu magrib...berehat sekejap.Pukul 9 mlm keluar hotel utk melihat bandar Sungai Petani...singgah disebuah gerai utk makan malam....gerai tu nampak sgt menarik dan makanan pun sedap...dalam kereta shira dan suami ku ketawa dan menyatakan meraka nampak tikus dalam gerai tadi....masyaallah......kalau nampak tadi mmg aku tak boleh nak makan....balik semula kehotel terus berehat...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan