Khamis, 21 Oktober 2010

Demam stress


Macam tak percaya je bila doktor kata saya demam stress...memang keje banyak..tapi semuanya dapat saya atasi seperti biasa.Dua hari tak pergi kerja..sejarah dalam perkhidmatan saya dapat cuti sakit dua hari...memang benar-benar sakit....ditambah lagi dengan sakit hati,,,,

Dan pada masa inilah baru saya tahu kenapa ramai ibubapa yang tidak mahu memberitahu anak-anak apabila mereka sakit...tak mahu menyusahkan anak-anak,,tapi dihati kecil dan hakikatnya memang mengharapkan anak-anak balik. Tidak dinafikan anak-anak,menantu dan cucu adalah penawar segala kedukaan....penawar segala kesakitan....

Anak-anak juga kena main peranan...kadang2 ibubapa terasa hati kerana anak-anak tak mahu call ibubapa untuk bertanyakan khabar...kalau bercakap dengan kawan2 ..berjam2 boleh..kadang2 tu pagi petang..maksudnya...kenapa kawan-kawan sentiasa dalam ingatan sedangkan ibubapa hanya teringat sesekali sahaja.....

Kepada semua anak-anak ingatlah....ibubapa tidak akan menalipon anak-anak untuk memberitahu mereka sakit...jangan tunggu sehingga mereka sudah terbujur kaku baru anak-anak nak balik dan bertanyakan khabar...hargailah masa yang amat singkat ini untuk menyayangi ibubapa....tunjukan kasih sayang kepada mereka....

KASIH IBU SEPANJANG MASA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan