Khamis, 21 Oktober 2010

CABARAN


Satu persatu masalah disiplin berlaku di sekolah saya...seperti satu wabak pula....saya sebagai pentadbir terasa amat kecewa dengan apa yang berlaku...

Kecewa kerana gagal membentuk pelajar tersebut untuk menjadi INSAN yang cemerlang....dimana silapnya??
semua staf sekolah sentiasa mendidik mereka untuk menjadi pelajar yang baik...pelajar yang cemerlang..

Saya juga rasa amat sukar untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka....amat sukar...banyak aspek yang perlu diambil kira sebelum sesuatu hukuman dibuat...

Dari maklumat dan siasatan yang dibuat....pelajar ini kurang mendapat perhatian dari rumah....perceraian kedua ibu bapa....kemiskinan keluarga.....dan segala-galanya mendesak mereka melakukan perlanggaran disiplin sekolah...

Siapa yang bersalah dalam perkara ini??
Bagaimana untuk membentuk semula pelajar ini supaya menjadi insan yang cemerlang???
Tidak mustahil guru-guru dapat membentuk semula mereka menjadi insan yang baik.....
Tetapi apabila mereka balik semula kepangkuan keluarga mereka....mereka akan mengulangi semula apa yang telah mereka buat....

Hanya ALLAH yang tahu apa yang saya fikirkan....
dan apa yang berlaku ini adalah antara cabaran yang perlu saya hadapi...

1 ulasan:

  1. Salam..nak jadikan sesuatu ke arah yang cemerlang memang bukan senang..banyak dugaan dan cabaran dan ini adalah salah satunya..
    Memikirkan anak2 didik ni memang akan buat kita terbawa2 sampai ke rumah..kadang2 difikir semula mungkin ada kurang pada diri kita..mungkin tak cukup lagi apa yang kita bagi..mungkin didikan kita tak seikhlas hati..mungkin dan segalanya mungkin yang tak berkesudahan..
    Rasanya kalau menuding jari pada salah keluarga mereka sahaja mmg tak byk akan membantu anak didik kita..sudah buntu memikirkan apa yg patut di buat..
    Bersabarlah..mungkin ada hikmah diatas segala kemelut ini..mana tahu..SK Petaseh boleh all out UPSR tahun ni..AMIN..semua yang berlaku ada hikmahnya, rite? Hopefully everything gonna be alrite after this..Doa tak putus untuk anak2 murid kita..insyaAllah...

    BalasPadam