Isnin, 4 April 2011

salam...

selamat petang dan salam sejahtera.

Hari ini saya tidak bekerja..terpaksa mengambil cuti rehat kerana badan tak sihat...
Kadang-kadang rasa sgt yakin dengan doktor..kadang-kadang rasa tak yakin juga...

Semalam saya sakit dada dan susah untuk bernafas...demam lagi...sebab rasa teruk sangat tu saya kehospital kerajaan...buat pemeriksaan..akhirnya saya cuma diberikan ubat batuk ,ubat utk cairkan kahak dan ubat demam....

Masyaallah.....saya juga terkejut bila dapat senarai ubat tu....sebab saya langsung tak batuk...tak ada langsung tanda-tanda utk batuk...kenapa pula ubat itu yg diberikan kpd saya??? tak mahu banyak cakap dan tak mahu banyak bertanya..saya terus balik dan berehat...tak makan pun ubat tu...

Tapi memang saya pelik sangat kerana sakit lain dan ubat lain pula yang diberi....nak tunggu anak-anak buah saya yang sedang belajar di Mesir tu jadi Doktor....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan