kerumah adik DR Zul..pindah rumah baru dan adakan majlis bacaan Yasssin...
Agak lewat sampai sebab susah nak cari rumahnya.....
Waktu masuk dalam rumah..anak DR Zul yg sulung sedang
membaca Surah Ar-RAHMAN.....dia dah hafal surah tersebut....
SUBHANALLAH.....rasa sangat kagum dan terharu....
Omar sebaya dgn anak saya Dikwan...tapi sikap Omar dan karektor dia amat berbeza...
Bersyukur lah DR. Zulkarnain yang telah dianugerahkan anak itu...
Dalam majlis itu juga terdapat sembilan orang pelajar Tahfiz....
sejuk mata memandang...
Ada kelainan dalam majlis ini....selepas selesai surah tersebut dibaca....
diadakan pula Tazkirah ringkas...diikuti dengan bacaan Yassin...
kesemua anak-anak Tahfiz itu telah hafal surah Yassin....
Malu pada diri sendiri...kerana diusia sebegini pun saya sendiri
amat sukar untuk menghafal surah Yassin....
Rasa amat bersyukur kerana ada adik yang dapat
seimbangkan tuntutan dunia dan akhirat...
2. Selesai dari rumah Dr. Zul..kami sepakat untuk melawat Aida dihospital...
Saya dan suami memandu NAZA RIA kereta Aida ..
kerana membawa anak-anak dia ke hospital....
dah ceria dan ada tenaga untuk duduk dan berjumpa saudara mara....Syukur Alhamdullillah...keadaan Aida ini memang menyenangkan hati kami adik beradik...
Anak-anak yang baru datang melawat Ummi mereka.....nampak mereka masih tak memahami erti kesakitan Ummi mereka...
Semuanya adalah ketentuan Allah...semoga Aida dan Azlan akan sentiasa tabah untuk menghadapi ujian dari ALLAh yang maha Esa,,,
Makteh yang begitu baik...menunggu Aida sepanjang masa...bertuah Aida dapat Mak saudara yang begitu ambil berat... Kalau dah sihat nanti...jaga hati mak teh tu...jangan sakiti hati dia..ingatkan segala pengobanan mak teh pada Aida....
3. Hari ini hati dan fikiran saya terasa begitu tenang...Syukur Kehadrat Allah swt.. gangguan emosi dan fikiran yang saya hadapi tiga hari lepas..
.dapat diatasi..saya rasa sangat bahagia sekarang..
tanpa sebarang ganggauan..
tanpa perlu membuang masa untuk memikirkan
orang lain yang tidak pernah menghargai apa yang telah kita buat....
Pengajarannya.....
SETIAP APA YANG BERLAKU ADALAH KETENTUAN ALLAH...
DAN SEGALA-GALANYA ADA HIKMAH YANG TERSEMBUNYI....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan