Selasa, 11 Mei 2010

Hari Kantin 2010

Syukur Alhamdullillah..akhirnya Hari Kantin dapat juga dilaksanakan..sejak tahun lalu program ini telah tertangguh...Pada pandangan saya..semua warga SK Petaseh amat teruja untuk Hari kantin tersebut....sambutan yang diterima juga amat menggalakkan . Ramai ibubapa dan masyarakat setempat yang datang memberikan sokongan.

Kepada semua warga SK Petaseh..
saya amat gembira dengan kerjasama dan hubungan yang rapat antara kita.Memang itulah hasrat saya....kerana pada pendapat saya..untuk kejayaan sesuatu program antara kita mestilah bersatu padu atau sehati sejiwa..
hanya dengan cara itu sahaja program yang dirancang akan berjaya.

Satu perkara lagi saya nak ingatkan semua Warga SK Petaseh...
Anggaplah atau niatkan setiap apa yang kita buat itu sebagai satu ibadah..jangan berkira sangat....saya tidak menafikan bahawa semua staf juga banyak membuat pengorbanan dari banyak aspek...terima kasih atas semua pengorbanan tersebut...dan semuanya adalah untuk sekolah kita juga...

Sekali lagi saya mengucapkan TAHNIAH kepada semua warga
SEKASEH yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan HARI KANTIN 2010..Insyaallah..seperti yang pernah saya cakap..kita akan jadikan Hari Kantin ini sebagai acara
tahunan sekolah kita...
Saya bangga mempunyai staf yang sentiasa bekerja bersama saya
untuk menjayakan apa saja program yang dirancang..dan paling saya gembira apabila melihat semua staf bersatu hati bagaikan satu keluarga dan memang saya akui semua warga SK Petaseh cukup rajin dan kuat bekerja...bersyukur saya mempunyai staf seperti ini...

Teruskan budaya seperti ini.....
Sekali lagi..
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH...
satu lagi hasrat kita yang belum tercapai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan