Sabtu, 9 Januari 2010

hujung minggu...

1. Hari ini rasa amat bahagia duduk dirumah...cuti hujung minggu..
waktu yang ditunggu-tunggu kerana pada masa inilah saya
dapat mengemas rumah..jadi suri rumah sepenuh masa...
dapat masak lauk kegemaran keluarga..
segala-galanya siap selepas pukul 3.30 petang..
walaupun sangat penat ..
tapi rasa amat puas hati kerana rasanya rumah saya sangat bersih..
dah siap mop atas dan bawah rumah...
Alhamdullillah..kalau hari-hari macam ni..
senang mata memandang.. RUMAHKU SYURGAKU...

2. Dalam masa sibuk mengemas rumah..hati dan fikiran saya sentiasa
teringatkan adik yang sakit..sakit canser payu dara...
betapa berat mata memandang..berat lagi bahu memikul..
sabar ye dik..kakcik tak dapat bantu apa-apa...
hanya solat hajat dan berdoa saja yang mampu kakcik lakukan...
kalau boleh setiap hari kakcik nak temankan adik dirumah..
tapi rasa tak sanggup nak lihat penderitaan yang adik hadapi itu...
kalau boleh kakcik tak mahu menangis depan adik kerana
tangisan kakcik nanti akan menyebabkan adik lagi
lemah semangat dan bersedih...
Semoga Allah akan meringankan penderitaan yang adik hadapi..
kuatkan semangat kerana adik beradik yang lain sentiasa
memberikan sokongan dan bantuan kepada adik...
Syukur Alhamdullillah...Allah memberikan kekuatan dan
keakraban kepada kita adik beradik...YOU ARE NOT ALONE SAYANG...

3. SELAMAT HARI LAHIR kepada seseorang yang membaca blog ini
dan tahu siapa yang saya maksudkan..
semoga panjang umur dan dirahmati Allah ...
Buatlah peubahan dalam hidup ini..
berubah kearah yang lebih positif...
dalam hidup kita perlu ada cita-cita dan kemahuan...
kita tak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang ini...
you can do it.... Pada zaman ini..
orang yang berilmu dipandang tinggi..
Pesanan saya...
HARGAI APA YANG KITA SAYANGI SEBELUM
KITA KEHILANGAN NYA....

7 ulasan:

  1. emmm... dah kemas2 rumah, sampai masa la utk kemas2 rumah yg satu lagi ni... jgn sampai bersawang... :)

    BalasPadam
  2. maksud kemas rumah tu macam mana??

    BalasPadam
  3. salam makcik..sayu je bace post terkini tu...mmg penat menahan air mata bile melawat dia..susah betul nk tahan air mate ni jgn bg keluar...kene la buat2 kuat depan dia n tunjuk muka happy bg dia gelak2 skit.ni dah stat kimo lg teruk keadaan dia nti...dia ade ckp aritu yg dia sedih tak dpt pegang n bawak najwa jalan2...

    BalasPadam
  4. salam cikgu,
    salam perkenalan dari mama moden.
    semoga adik cikgu tabah & dapat meneruskan khidupan dgn lebih baik..

    semoga dia kuat melawan barah tu...

    BalasPadam
  5. terima kasih sudi singah kat blog saya..

    BalasPadam
  6. semoga Allah memberi kekuatan kepada adik cikgu..berdoalah semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah..
    citer bab kemas rumah, rasa mcm kenal org yg berbeza..tegas di sekolah, penuh keibuan dirumah..keep it up!

    BalasPadam
  7. terima kasih singgah kat blog saya...kenapa tak nak kenalkan identiti cikgu?? apa-apa pun saya sangat menghargai dan sayangkan semua staf SK Petaseh (B)....

    BalasPadam